Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP5
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP5 bertanggungjawab terhadap menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Skop Tugas Jawatan
- Mengetuai Pejabat Kecil JPJ/ Stesen Penguatkuasa Timbang/ Stesen Kawalan Sempadan.
- Membantu ketua bahagian/ cawangan membuat perancang, menyimpan, menyelenggara, menyelia, menyediakan segala tugas-tugas dokumentasi dan peralatan penguatkuasaan/ kenderaan penguatkuasa.
- Mengetuai, merancang dan mengatur tugas-tugas Unit Operasi/ Aduan dan Siasatan/ Pendakwaan/ KEJARA/ Stesen Penguatkuasa Timbang/ Stesen Kawalan Sempadan/ Pejabat Kecil JPJ.
- Menyediakan laporan/ statistik siasatan dan operasi untuk dikemukakan ke Bahagian Pengurusan/ Ketua Bahagian.
- Menjalankan tugas-tugas sebagai Pegawai Persenjataan/ Pegawai Kenderaan.
- Menjalankan tugas-tugas Pegawai Perhubungan Awam (PRO).
- Bertanggungjawab untuk menyediakan laporan dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat bagi pihak jabatan.
Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.