Penolong Pegawai Farmasi Gred U5
Penolong Pegawai Farmasi Gred U5 bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat melalui dengan melaksanakan aktiviti pembekalan ubat-ubatan, penyediaan farmaseutikal steril dan bukan steril, pemeriksaan wad, pembungkusan semula ubat, penganalisaan sampel, pengurusan stor, inventori, sumber manusia dan dokumentasi bagi memastikan penjagaan farmaseutikal yang optima dan pembekalan ubat meyang berkualiti dan selamat selaras objektif Program Perkhidmatan Farmasi.
Skop Tugas Jawatan
- Membekal ubat kepada pesakit luar dan pesakit dalam mengikut konsep 5B, iaitu pengguna ubat yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, cara pengambilan yang betul dan masa yang betul.
- Membekal ubat dalam wad menggunakan Unit Dose (UD), Unit of Use (UoU), floor stock atau troli kecemasan.
- Menokok tambah dan mengurus stok ubat di kaunter bagi memastikan pembekalan lancar.
- Merekod suhu peti sejuk dan bilik dalam buku rekod yang disediakan.
- Menyediakan sediaan ekstemporanus mengikut formulari dan Good Preparation Practice bagi pesakit luar dan pesakit dalam.
- Menyediakan sediaan farmaseutikal steril dan bukan steril mengikut Pharmaceutical Inspection Convention/Pharmaceutical Inspection Co-Operation Scheme (PIC/S) untuk keselamatan dan kualiti pesakit.
- Melaksanakan aktiviti pembungkusan semula ubat mengikut garis panduan.
- Mengumpul data Pengurusan Farmasi (PF), Medication Error Reporting System (MERS) dan Adverse Drug Reporting (ADR).
- Menjalankan ujian penganalisaan sampel farmaseutikal dan kosmetik untuk keselamatan pengguna.
Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.