Pengawas Hutan Gred G1
Pengawas Hutan Gred G1: jabatan Perhutanan Negeri - Bertanggungjawab menjalankan kerja dalam melaksanakan setiap aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, hutan lipur, tapak semaian dan penguatkuasaan undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara. Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak - Bertanggungjawab sebagai ketua dan pegawai bertanggungjawab bagi menyelia dan memantau aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan dan dasar serta polisi kerajaan dengan melaksanakan tugasan pentadbiran dan pengurusan di lapangan di hutan bagi kerja-kerja pembangunan hutan, pengurusan hutan, operasi hutan, penyelidikan hutan, industri perkayuan, ladang hutan, pewartaan kawasan hutan di lapangan termasuk tugas tugas penguatkuasaan Ordinan Hutan, Ordinan Taman Negara dan Ordinan Hidupan Liar. Skop dan bidang tugas Pengawas Hutan di Jabatan Hutan Sarawak ini tertakluk kepada kepelbagaian fungsi unit dan bahagian di mana mereka ditempatkan. Terdapat 10 bahagian dan empat pejabat hutan wilayah di Jabatan Hutan Sarawak.
Skop Tugas Jawatan
- Mengawasi dan menjaga kawasan berhutan di dalam persempadanan Renj Hutan (Hutan Simpanan Kekal dan Hutan Tanah Kerajaan).
- Melaksanakan kerja-kerja di lapangan bagi tugas-tugas pengurusan hutan, operasi hutan, penyelidikan hutan, industri perkayuan, ladang hutan, pewartaan kawasan hutan serta penguatkuasaan Ordinan Hutan, Ordinan Taman Negara dan Ordinan Hidupan Liar.
- Menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang dan diberi kuasa berdasarkan Akta Perhutanan Negara seperti menahan, menangkap dan menyita.
- Menjalankan aktiviti rondaan ke atas kawasan Hutan Simpanan Kekal dan Hutan Tanah Kerajaan bagi mencegah pencerobohan dan pembalakan haram.
- Menjalankan kerja bagi setiap aktiviti di Unit Penguatkuasaan Hutan seperti semakan lesen, siasatan aduan awam, rondaan, serbuan, tangkapan dan operasi bersepadu.
- Menjadi pegawai penyiasat bagi tugasan penguatkuasaan Ordinan Hutan, Ordinan Taman Negara dan Ordinan Hidupan Liar.
- Menjalankan kerja sukatan dan membuat taksiran cukai bagi pengeluaran hasil hutan di Balai Pemeriksaan Hutan (Hutan Darat dan Hutan Paya Laut).
- Memantau aktiviti pengusahasilan bagi setiap kawasan lesen yang diluluskan mengikut garis panduan MS ISO 9001:2008 dan pensijilan MC&I.
- Mengawasi dan mempastikan manual prosedur kerja di lapangan dipatuhi dan dikuatkuasakan oleh syarikat pembalakan dan agensi-agensi sektor perhutanan.
- Mengumpul dan mengambil data serta rekod di lapangan untuk penyediaan perancangan kerja dan laporan kemajuan bulanan/tahunan.
Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.