Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1, N2, N3, N4 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Skop Tugas Jawatan
  • Terlibat dalam pentadbiran pejabat, pengurusan personel, pengurusetiaan, menaip dokumen rasmi, pengurusan rekod, fail, dan kewangan.
  • Mengurus keselamatan bangunan, kawasan, pejabat, harta alih/tidak alih, kediaman/kuarters, rumah pangsa, harta awam, serta pengurusan kebersihan, kawalan vektor penyakit, dan tapak pelupusan sampah.
  • Menyelenggara meter air, akaun, bil dan paip.
  • Mengurus taman awam, kemudahan, kebersihan, aktiviti menghias dan pengawasan kakitangan/pengunjung.
  • Mengurus pelesenan/permit, kutipan hasil/cukai, pendaftaran, permohonan hak milik, serta pengumpulan, semakan, kemasukan dan penyelenggaraan data dan rekod HRMIS.
  • Mengurus protokol/istiadat, penghantaran bil/waran, penyitaan, rekod rampasan, lelongan harta, dan peralatan perhubungan/komunikasi termasuk pemprosesan maklumat.
  • Mengendalikan majlis keramaian, aktiviti kemasyarakatan (gotong-royong, upacara keagamaan, sambutan perayaan), dan pasar malam.

Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.

Ujian Psikometrik

Lihat Polisi