Pembantu Syariah Gred LS1

Pembantu Syariah Gred LS1 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan perkeranian di peringkat Kumpulan Sokongan berkaitan pengurusan undang-undang syariah seperti urusan pendaftaran kes rayuan mal Mahkamah Tinggi Syariah, kes rayuan jenayah syariah, menguruskan saman dan sapina, membantu menyediakan dokumen-dokumen kes dan menyelenggara jadual perbicaraan hakim.

Skop Tugas Jawatan
  • Menguruskan pendaftaran kes rayuan mal Mahkamah Tinggi Syariah, kes rayuan jenayah syariah berhubung perkara seperti penentuan tarikh perbicaraan, tangguhan dan sebagainya.
  • Menguruskan saman dan sapina dan urusan penyampaian saman dan sapina kepada pihak yang terlibat.
  • Membantu menyediakan dokumen, fail dan borang berkaitan berhubung kes mal dan jenayah.
  • Membantu tugas Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah serta menyelenggara jadual perbicaraan hakim.

Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.

Ujian Psikometrik

Lihat Polisi