Pembantu Penguatkuasa Gred KP1

Pembantu Penguatkuasa Gred KP1 bertanggungjawab terhadap menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Skop Tugas Jawatan
  • Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan operasi dan siasatan.
  • Bertanggungjawab menyedia, mengeluar, menyemak segala jenis-jenis dokumentasi berkaitan operasi, pendakwaan, aduan dan siasatan.
  • Bertanggungjawab untuk memandu kenderaan penguatkuasa dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan serta mengemaskini buku log kenderaan.
  • Menjalankan tugas dalam bilik kawalan.
  • Menerima aduan dari orang awam (sumber).
  • Bertanggungjawab menjadi saksi kes-kes mahkamah.
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas di Kaunter Penguatkuasa.

Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.

Ujian Psikometrik

Lihat Polisi