Pembantu Pendaftaran Gred KP1
Pembantu Pendaftaran Gred KP1 bertanggungjawab melaksanakan aktiviti, urus niaga utama di peringkat bahagian/negeri/daerah/cawangan dengan memastikan operasi bahagian mencapai standard dan prosedur yang ditetapkan berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sabah Cap, 123), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sarawak Cap, 123), Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-peruntukan Khas) 1975 (Akta 1952), Akta Pendaftaran Pengangkutan 1952 (Akta 253) dan Adoption Ordinance 1941 (Sarawak Cap. 91), Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001), Perlembagaan Persekutuan, Bahagian III (Kewarganegaraan) dan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).
Skop Tugas Jawatan
- Menerima dan memproses permohonan MyKad, pendaftaran kelahiran, kematian, anak angkat, perkahwinan, penceraian dan kewarganegaraan.
- Memastikan semua dokumen diisi dengan lengkap dan teratur.
- Memberikan penjelasan atau jawapan terhadap aduan daripada pelanggan, Biro Pengaduan Awam dan agensi kerajaan lain.
- Mengeluarkan dokumen rasmi seperti MyKad, surat litup, MyKid, sijil kelahiran, sijil kematian, kad pengenalan dan surat panggilan untuk ujian Bahasa Melayu.
- Menyelenggara permohonan cabutan dan carian kelahiran serta kematian biasa dan lewat di kaunter.
- Menerima dan memproses kes yang dilaporkan oleh agensi kerajaan dan orang awam.
- Mengumpul dan menyimpan laporan bulanan serta tahunan bagi semua urus niaga pejabat JPN/daerah.
- Bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan laporan kutipan hasil.
- Menerima, menyemak dan menyimpan rekod yang diterima daripada bahagian dan cawangan sebagai simpanan kekal.
Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.