Pembantu Keselamatan Gred KP1

Pembantu Keselamatan Gred KP1 pembantu Keselamatan melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Skop Tugas Jawatan
  • Menyelia tugas-tugas Pengawal Keselamatan dalam mendaftar, mengeluar dan memeriksa kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan kepada pegawai, pelawat dan pekerja kontrak.
  • Memantau dan menyelia kawalan keselamatan pergerakan akses pegawai dan pelawat.
  • Menyelaras pemeriksaan fizikal ke atas penjawat awam, pelawat, pekerja kontrak dan memeriksa kenderaan, beg-beg serta peralatan/kelengkapan yang dibawa masuk oleh meeka.
  • Memantau dan menyelia kawalan keselamatan pergerakan akses kenderaan serta memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas kenderaan di dalam kawasan bangunan/premis.
  • Mengatur, menyediakan dan mengetuai syif tugas rondaan keselamatan serta memeriksa buku laporan harian, kehadiran dan membuat roll call.
  • Membuat rondaan/pemeriksaan bagi memantau Pengawal Keselamatan di dalam kawasan dan luar bangunan/premis dan membuat catatan rondaan/pemeriksaan yang dijalankan di dalam buku laporan harian.
  • Merekod dalam buku daftar kunci, kunci-kunci pintu masuk utama bangunan dan premis di bawah kawalan sentiasa dalam keadaan baik dan disimpan dengan selamat.
  • Memastikan semua peralatan/kelengkapan/sistem keselamatan berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan.
  • Melaporkan kerosakan peralatan/kelengkapan/sistem keselamatan dan lain-lain kemudahan di dalam kawasan bangunan/premis kepada Pegawai/Penyelia Keselamatan bertanggungjawab.

Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.

Ujian Psikometrik

Lihat Polisi