Pembantu Antidadah Gred S1
Pembantu Antidadah Gred S1 bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.
Skop Tugas Jawatan
- Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
- Mengendalikan dengan cekap dan berkualiti program-program pemulihan penagih dadah yang meliputi aspek-aspek seperti pengurusan kemasukan penghuni, rawatan penagihan dadah (detoksifikasi), program orientasi, asrama, program/ aktiviti harian, penilaian klinikal dan kenaikan fasa, program pra bebas, persediaan pra bebas dan kebajikan penghuni.
- Mengendalikan dengan cekap dan berkualiti program-program pemulihan dan pencegahan dalam komuniti yang meliputi aspek-aspek seperti program pengawasan, program pendidikan dan publisiti dan intervensi.
- Membantu menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan dadah yang meliputi aspek-aspek seperti membantu memantau pengawasan kes, membantu operasi pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang.
Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.