Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1
Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1 bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain- lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina. Bertanggungjawab ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan, Permohonan Pelan Susun Atur, Permohonan Kelulusan Landskap, Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan. Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF), Permohonan Ubahsuai Bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan.
Skop Tugas Jawatan
- Menyediakan lukisan piawai untuk pangkalan data.
- Menyediakan lukisan kerja arkitek, lukisan persembahan (3D), lukisan terperinci, lukisan tender dan pembinaan, measured drawing/lukisan terukur serta lukisan perspektif.
- Menyediakan study model.
- Merekod dan menyenggara lukisan-lukisan.
- Membantu reka bentuk pameran serta bahan-bahan pameran yang dianjurkan perbadanan/jabatan dan agensi-agensi luar.
- Membantu penyimpanan model-model bangunan dan laporan berkaitan bagi permohonan yang telah diluluskan.
- Menjalankan audit kualiti reka bentuk dan menyediakan maklumat untuk laporan audit.
- Membantu menyediakan lukisan perunding dan maklum balas ulasan teknikal.
- Menyediakan lukisan mengikut kehendak pihak berkuasa tempatan dan lain-lain keperluan perundangan.
- Menyediakan dan memasukkan data pengiraan Skor Industrialised Building System (IBS) dalam peringkat penyediaan reka bentuk.
Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.