Pegawai Veterinar Gred GV9

Pegawai Veterinar Gred GV9 bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan zoonotik dan menjalankan rawatan klinikal, memastikan makanan berasaskan protein haiwan bebas penyakit dan selamat untuk memasuki rantaian makanan manusia, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembangunan, pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguatkuasa undang-undang import dan eksport bahan-bahan hasilan haiwan dan ternakan selaras dengan undang-undang antarabangsa (WOAH, WTO, FAO dsb), dan membuat laporan teknikal dan umum mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan tugas pentadbiran Jabatan yang lain, selaras dengan keperluan dan panduan khusus dari World Organization of Animal Health (WOAH-formerly known as OIE) bagi pentadbiran veterinar yang baik dan perkhidmatan veterinar berkualiti (Good Veterinary Governance and Quality Veterinary Services).

Skop Tugas Jawatan
  • Menjalankan pemeriksaan kesihatan, siasatan penyakit, diagnosis tentatif dan diagnosis pembezaan ke atas haiwan berdasarkan tanda-tanda klinikal dan hasil penemuan bedah siasat.
  • Menjalankan rawatan klinikal seperti pemberian ubatan veterinar, prosedur klinikal dan pengeluaran preskripsi serta menjalankan pembedahan elektif minor dan membantu dalam pembedahan major.
  • Menjalankan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit daripada merebak seperti disinfeksi, pemvaksinan, rawatan, pemusnahan, pelupusan, dan kawalan pergerakan ternakan.
  • Menjalankan ujian bakteriologi, virologi, parasitologi, patologi dan lain-lain ujian penentuan penyakit haiwan.
  • Menjalankan pemeriksaan penggunaan ubat-ubatan dan biologik veterinar bagi mematuhi preskripsi dan arahan penggunaan.
  • Menyemak dan memperakukan Sijil Kesihatan Veterinar untuk pergerakan haiwan hidup.
  • Menjalankan pemeriksaan dokumen dan pemeriksaan lapangan bagi kesihatan haiwan, pemeriksaan premis, produk dan hasilan ternakan serta makanan haiwan bagi tujuan kepastian kualiti, keselamatan dan pensijilan.
  • Menjalankan pemeriksaan kesuburan dan kesesuaian ternakan untuk tujuan pembiakbakaan serta pemeriksaan kebuntingan ternakan.
  • Melaksanakan aktiviti khidmat nasihat merangkumi nasihat teknikal daripada aspek kesihatan dan kebajikan haiwan, kesihatan awam veterinar, regulatori, perundangan dan pembangunan industri ternakan.
  • Menyediakan modul latihan dan jadual kursus.

Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.

Ujian Psikometrik

Lihat Polisi