Pegawai Penyediaan Makanan Gred C9

Pegawai Penyediaan Makanan Gred C9 bertanggungjawab dalam pengurusan merancang menu dan perolehan bahan makanan yang diperlukan dalam resipi piawai dan memastikan makanan disediakan selamat, bersih dan berkualiti dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Bertanggungjawab dalam pengurusan perolehan bahan makanan basah/ mentah dan kering, pengurusan penyimpanan makanan, pra-penyediaan memasak dan penghidangan makanan untuk memastikan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Menyelia anggota di bawah jagaan untuk memastikan mematuhi disiplin, tatacara pelaksanaan tugas dan peraturan keselamatan pekerjaan.

Skop Tugas Jawatan
  • Membuat pesanan atau pembelian untuk makanan basah/mentah dan kering, formula enteral, formula susu bayi serta produk khas, serta memastikan penerimaan mematuhi pesanan dan spesifikasi kontrak.
  • Mengurus penyimpanan makanan dan stok, termasuk stor pukal, sub-stor, stor harian, chiller, dan freezer mengikut tatacara penyimpanan, sistem rekod stok, kebersihan, dan keselamatan.
  • Melaksanakan tugas pentadbiran berkaitan perkhidmatan makanan.
  • Merekodkan daftar inventori dan harta modal serta memeriksa dan mengemaskinikan stok peralatan untuk memastikan rekod peralatan adalah betul.
  • Menyelia dan memastikan makanan disediakan dengan mematuhi menu dan resipi piawai bagi diet normal, diet terapeutik, diet kanak-kanak dan doktor on call serta menghasilkan mutu masakan yang berkualiti.
  • Merancang menu dan resipi piawai, termasuk diet yang mempunyai modifikasi konsisten dan nutrien.
  • Menentukan pematuhan indikator-indikator kualiti yang ditetapkan daripada peringkat penerimaan makanan basah/mentah dan kering daripada pembekal hingga makanan dihidangkan kepada pesakit.
  • Memastikan anggota di bawah jagaan mengamalkan kebersihan diri dalam setiap proses kerja yang dikendalikan.

Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.

Ujian Psikometrik

Lihat Polisi