Pegawai Penilaian Gred W9

Pegawai Penilaian Gred W9 memberi nasihat kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan agensinya, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-Badan Berkanun dan pertubuhan perbadanan di mana Kerajaan atau Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan dan juga untuk mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, mengenai perkara-perkara berkaitan dengan penilaian harta tanah, pembangunan dan pengurusan harta tanah.

Skop Tugas Jawatan
  • Menjalankan semua aktiviti berkaitan penilaian pelbagai harta tanah bagi memastikan penilaian diselesaikan dengan cepat dan tepat.
  • Mengambil perbandingan, membuat lawatan dan pemeriksaan harta tanah, menyemak butiran hak milik dan perancangan, menyelidik maklumat, menganalisis data serta menyediakan pelan bangunan, lokasi dan perbandingan.
  • Menyediakan laporan nilaian yang berkualiti dan melaporkan dalam had kuasa yang diberikan.
  • Menyemak dan meluluskan kerja-kerja penilaian yang diperlukan atau sebagaimana yang diarahkan.
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan serta mengemas kini maklumat secara berterusan.
  • Menyediakan laporan bagi penerbitan jabatan.
  • Meneliti bantahan atau rayuan serta menyemak semula nilaian terdahulu.
  • Mengurus dan menghadiri perundingan serta perbicaraan di Mahkamah Tinggi atau Tribunal.
  • Menjalankan tugas sebagai assessor dalam kes rayuan pengambilan tanah serta menghadiri mahkamah sebagai saksi pakar.

Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.

Ujian Psikometrik

Lihat Polisi