Pegawai Penguat Kuasa Maritim Gred T8

Pegawai Penguat Kuasa Maritim Gred T8 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat pengurusan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pelanunan serta pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

Skop Tugas Jawatan
  • Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah undang-undang Persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
  • Memastikan kelancaran dan keberkesanan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan negara asing sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).
  • Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim, pengawasan udara dan pantai, pengawalan dan pencegahan pencemaran maritim, pencegahan dan penyekatan pelanunan serta pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik.
  • Memastikan kecekapan dan keberkesanan rondaan dan operasi maritim dan udara yang dijalankan di Zon Maritim Malaysia.
  • Merancang pengurusan logistik dan perancangan operasi.
  • Memastikan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada agensi-agensi yang berkaitan disediakan dengan cekap dan berkesan.
  • Menyediakan dasar pandu arah dan melaksana dasar keselamatan Zon Maritim Malaysia.
  • Mengumpul dan menilai maklumat risikan keselamatan serta mencadangkan peningkatan keberkesanan operasi.
  • Melaksana dan meningkatkan mutu latihan anggota, latihan operasi dan latihan bersama di kawasan maritim negara.
  • Menjalin hubungan rapat dengan Jabatan/Agensi lain mengenai penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.

Ujian Psikometrik

Lihat Polisi