Juruukur Bangunan Gred J9

Juruukur Bangunan Gred J9/J10 bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja kawalan bangunan yang merangkumi keperluan perundangan bangunan (building statutory requirements), penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, ukur kondisi bangunan (building condition survey), mentaksir risiko bangunan (risk assessment) dan pengekalan dan pemuliharaan bangunan.

Skop Tugas Jawatan
  • Meneliti pelan bangunan dan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Bangunan 1984 serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 bagi semua bangunan baru, kerja kecil, dan perubahan bangunan.
  • Melaksanakan pemeriksaan untuk pengeluaran Perakuan Layak Menduduki (CFO) dan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
  • Mengawal bangunan tanpa izin, mengeluarkan notis, menghadiri perbicaraan mahkamah, dan mengurus pembaikan bangunan berbahaya atau gangguan.
  • Memantau, menyelia, dan merancang kerja-kerja pembinaan di tapak, termasuk penyelenggaraan semua bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.
  • Memberi input dan nasihat tentang keperluan penyelenggaraan bagi bangunan baru, lama, dan dalam proses ubah suai.
  • Merancang dan melaksanakan penyiasatan khusus untuk menilai masalah kecacatan, kegagalan, kerosakan, atau penyakit bangunan.
  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan terancang (berkala) bagi mengukur dan menentukan keadaan bangunan secara keseluruhan, menilai standard penyenggaraan, menentukan beban penyenggaraan serta menyedia laporan dan memberi nasihat.
  • Merancang, menyelaras, dan melaksanakan pemuliharaan serta pengekalan bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah.
  • Menjalankan Pemeriksaan Khas Kecacatan Bangunan dan Audit Bangunan (Penilaian Lepas Duduk) serta menyediakan Laporan Dilapidasi Bangunan.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja ukur kondusi serta kerja-kerja penyediaan lukisan terbina dan terukur.

Cadangan latihan oleh AI berdasarkan skop jawatan; bukan jawapan rasmi SPA.

Ujian Psikometrik

Lihat Polisi