Polisi Bayaran Balik

Kemas kini terakhir: 19 Oktober 2026

Sekolah Awan ("kami") menawarkan akses kepada modul latihan ujian psikometrik secara digital melalui pelan langganan tempoh terhad (2 minggu, 1 tahun) atau akses seumur hidup. Polisi ini menerangkan syarat bayaran balik bagi pembelian tersebut.

1. Kelayakan Bayaran Balik

Anda layak memohon bayaran balik penuh jika salah satu syarat berikut dipenuhi:

  • Caj berganda (double charge) — anda tercaj lebih daripada sekali bagi pembelian pelan yang sama.
  • Isu teknikal di pihak kami yang menyebabkan anda tidak dapat mengakses modul yang dibeli, dan isu tersebut tidak dapat diselesaikan dalam tempoh munasabah selepas dilaporkan.
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian dan akses kepada modul premium belum digunakan secara substansial.

2. Situasi Tidak Layak Bayaran Balik

  • Akses kepada modul premium telah digunakan secara substansial (contoh: telah menduduki ujian simulasi atau mengakses mod belajar untuk beberapa sesi).
  • Pertukaran fikiran semata-mata tanpa isu teknikal atau caj berganda.
  • Permohonan dibuat selepas tempoh 7 hari dari tarikh pembelian.

3. Cara Memohon Bayaran Balik

Hantar permohonan melalui FB Page Sekolah Awan atau Telegram Sekolah Awan dengan menyertakan emel akaun, pelan yang dibeli, tarikh pembelian dan sebab permohonan.

4. Tempoh Pemprosesan

Permohonan yang diluluskan akan diproses dalam tempoh 7-14 hari bekerja, dikembalikan ke kaedah pembayaran asal (Stripe atau CHIP, mengikut kaedah pembayaran yang digunakan semasa pembelian).

Lihat Polisi