Polisi Privasi

Kemas kini terakhir: 19 Oktober 2026

Sekolah Awan ("kami") merupakan produk oleh Lighthouse Studio (No. Pendaftaran SSM: 202603166178 (MA0348753-P)). Polisi Privasi ini menerangkan maklumat yang kami kumpul daripada pengguna platform latihan ujian psikometrik ini, cara ia digunakan, dan hak anda berkaitan maklumat tersebut.

1. Maklumat yang Dikumpul

  • Nama dan alamat emel, melalui pendaftaran/log masuk akaun (Google OAuth atau emel terus melalui AWS Cognito).
  • Rekod penggunaan platform — status langganan, kemajuan modul, keputusan ujian dan sejarah sesi.
  • Maklumat transaksi pembelian (pelan dibeli, status pembayaran, tarikh). Butiran kad/bank sepenuhnya diproses oleh pemproses pembayaran pihak ketiga (Stripe atau CHIP) — kami tidak menerima atau menyimpan nombor kad kredit/debit anda.
  • Data analitik dan tingkah laku penggunaan (contoh: log masuk, log keluar, event pembayaran, ralat aplikasi) dikaitkan dengan ID pengguna, nama dan emel anda melalui PostHog, serta event penggunaan tanpa pengenalan terus melalui Google Analytics (GA4), untuk tujuan pemantauan ralat dan penambahbaikan produk.

2. Tujuan Penggunaan Maklumat

Maklumat dikumpul digunakan untuk mengaktifkan dan mengurus akses akaun anda, memproses pembelian langganan, memberi sokongan pelanggan, dan menambah baik kandungan serta prestasi platform.

3. Perkongsian Maklumat dengan Pihak Ketiga

Kami tidak menjual maklumat peribadi anda. Maklumat dikongsi secara terhad dengan penyedia perkhidmatan yang membolehkan platform ini berfungsi:

  • AWS Cognito — pengesahan dan pengurusan akaun pengguna.
  • Google OAuth — pilihan log masuk melalui akaun Google.
  • Stripe dan CHIP — pemprosesan pembayaran langganan.
  • PostHog — analitik produk dan pemantauan ralat; mengaitkan ID pengguna, nama dan emel anda dengan event penggunaan platform.
  • Google Analytics (GA4) — statistik event penggunaan platform.
  • Vercel Analytics — statistik penggunaan tanpa nama (anonymised) untuk pemantauan prestasi laman.

4. Keselamatan Data

Maklumat akaun disimpan menggunakan infrastruktur AWS dengan kawalan akses yang terhad. Walaupun kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat anda, tiada kaedah penghantaran data melalui internet yang 100% selamat.

5. Hak Anda

Anda boleh memohon untuk menyemak, membetulkan, atau memadam maklumat akaun anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui saluran di bawah.

6. Perubahan Polisi

Polisi ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini bersama tarikh kemas kini terbaharu.

7. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkaitan privasi boleh dihantar melalui FB Page Sekolah Awan atau Telegram Sekolah Awan.

Lihat Polisi